I made this widget at MyFlashFetish.com.

Countdown Timer


I made this widget at MyFlashFetish.com.

01 September 2009

Nilai tangan seorang anak....





Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama Ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas Dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu Hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... Kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak inipun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa Dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu Dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing Dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari is pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Is bapa yangbelum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja in?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang Hari tak tahu, apa kau buat?" herdik is isteri lagi.

Is anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. Cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Is ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Is anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, is ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Is ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju Dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Is bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan Dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas is bapa masuk ke rumah dituruti is ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan Dan belakang tangan is anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Is pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Is bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan is anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat TU!" balas tuannya, bapa is anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Is bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga Hari berlalu, is ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap Hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol TU, " balas is ibu. Sebelum is ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk Hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti Kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai waktunya is anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya IA dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa Dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah" kata doktor. Is bapa Dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Is ibu meraung merangkul is anak. Dengan berat hati Dan lelehan air Mata isterinya, sibapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, is anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah Dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. Bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi, " katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantungis ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

20 August 2009

Ramadhan now begin....




Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan,yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK, BERSAMALAH KITA MEMULIAKANNYA KERANA BELUM TENTU KITA DAPAT BERTEMU DENGANNYA LAGI TAHUN HADAPAN. WALLAHUALAM


Wassalam

17 August 2009

Mesyuarat Syaitan


Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis
sedunia. Di awal ucapannya, syaitan berkata:

"Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari
mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang
mereka dari membaca al-Quran dan tahu akan
perkara-perkara yang benar.

Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari
membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah.

Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan
tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan
terputus.

"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid
mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan
makan malam mereka yang tertudung,tetapi curilah
waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa
untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah" kata
Syaitan:"

Lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka
dan mengekalkan perhubungan yang penting itu
sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang
tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah
berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka, "

Jawabnya "Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja,
belanja dan hutang, hutang, hutang.

Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja
buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami
mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12
jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup
mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan
anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula
retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi
menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat
lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka
untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu,
biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa
terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan
setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa
memainkan muzik yang tidak Islamik.

Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan
perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan
akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran
berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka
dengan papan-papan iklan.

Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh,
katalog, sweepstakes dan segala jenis surat
berita dan promosi-promosi yang menyediakan
barangan dan perkhidmatan percuma dan impian
palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan
ramping di dalam majalah dan TV agar para suami
berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang
utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan
isteri- isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk
bersama dengan suami mereka di malam hari.
Tambahkan sekali dengan pening kepala!

Jika mereka tidak bersama seperti yang
dikehendaki oleh suami mereka,suami akan
meninjau-ninjau di tempat lain.

Ini akan memporak- perandakan keluarga mereka
dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut
agama lain untuk melalaikan mereka dari mengajar
anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan
hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu
berrekriasi.

Buatlah sehingga mereka terlalu letih untuk
berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat
untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan
tentang ciptaan Allah.

Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman
hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert
dan panggung wayang."

"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang
hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan
umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka
tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal
sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan
meminita pertolongan dari Allah.

Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya
dengan kudrat mereka sendiri, mengorbankan
kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja
amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan
calang-calang perancangan ini!

Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan
tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di
mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin
terkejar-kejar ke sana ke sini.

Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan
mereka atau keluarga mereka.

07 August 2009

Bila Lelaki Menjadi DAYUS??



Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah, apa lagi mewarna rambut merah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

Cool Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Nabi SAW bersabda :-

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani

01 August 2009

Perginye Seorng Anak Seni..


aku tiba2 rase sedih dgn pemergian Arwah Yasmin Ahmad yg
meniggal akibat strok.beliau mmg terkenal dgn filem2 kreatif dan byk
filem2 arahan beliau berjaya menyentuh hati penonton.walau apepun dan bagai mana pun
latar belakang beliau,namun beliau mempunyai bayak jasa dan sumbangan
yg tiada tandingnye dlm industri filem malaysia..





salam takziah dari saya utk keluarga Yasmin Ahmad

Al-Fatihah

30 July 2009

H1N1 di UPM


salam..wah semalam semua student upm dh start cuti
yg di umumkan oleh SENAT UPM secara serta merta.ape lagi semua student kenalah cuti.mungkin sekali dengar ia merupakan berita baik.tapi pada hakikat byk yg pekara buruk yg berlaku..


antaranye:

student terpaksa rombak balik kerja2 yg diberi lecture,and kena ajust time study semula.ada yg terpaksa kena tangguh tesis dan projek.(kesian sgt2 penat je dh buat appointment interview)


Rasa tak praktikal pulak bila semua student diberi pulang ke umah masing2 sedangkan H1N1 tetap menular di kawasan kampus.bukan kah mereka boleh menyebabkan wabak H1N1 lagi terus merebak??




kesian pada semua agensi luar,mereka terpaksa membatalkan event yg telah menelan belanja yg byk.pengusaha karnival rugi,pengurus majlis pening kepala,pengusaha kafe (member aku) terduduk apa bila last2 minute catering 500org cancel macam tu saje..rugi,and tetap rugi

so disebab H1N1 nie mcm pekara yg tak perpikir blh jadi.nasib baik catering aku abis sehari sebelum cuti..ape pun nie mase terbaik utk aku rehat,sbb lepas nie aku dh takde cuti sampai la cuti raya..


pada rakan2 aku semua jaga kebersihan dgn baik,elakkan duduk berkumpulan,dan gunakan peralatan yg blh menghalang H1N1 dari terus merebak..


take care,n selamat bercuti pd semua student upm..

21 June 2009

Welcome home....

06.06.09 (sabtu)
aku pun pergi ke show room untuk ambik kete yg aku booking..

dh habis semua urusan dgn salesman aku pun mula memegang stering dan membawa jentera honda yg br aku ambik td keluar dari showroom.

ini kali pertama aku memandu kereta honda sendiri.

so kat sini ada sedikit info yg boleh aku share dgn kamu semua..

kete aku model Honda City 1.5 iV-Tec (E)

model nie merupakan saingan sengit dgn model TOYOTA VIOS 1.5 VVTi



apa yg menarik dgn Honda City nie??

1.minyak paling penuh blh isi RM60 aje.
(tak payah cita2 nk isi lebih sbb mmg akan melimpah)


2.minyak mmg blh dikatakan jimat RM60 (minyak) = 560km
(tu pun klu ko bwk 90 ke 100 klu ko bawak
pelahan aku ra
se tak gerak kut meter minyak)

3.mempunyai pick up utk potong pd bila2 mase
termasuk semasa naik bukit.
mcm mane nk potong?
kita guna shift paddle + and - just tekan buton.


4.handling dia mmg baik,bila corner mmg lap habis,senyap,and
selesa bila pandu jauh..
kete nie dia takde meter suhu.
cuma ada indicator je.


5.dapat free service sehingga 40000km and free
batteri utk 3tahun


6.seat blakang blh laras,kusyen tak akan serap air
walaupn air tumpah,and
ruang boot dia blh dikatakan luas.

7.Bila nk bukat tangki minyak u all kena guna remote,dia tak
de kunci atau suis kat dlm kete.

(bunyi mcm best,tp klu remote rosak,pk
2 lh sendiri)

8.sensor alarm yg bagus.

(klu tingkap tbuka,bila dh lock.cuba ma
sukan jari
dlm ruang cermin yg terbuka,kete berbunyi


Apa yg tak menarik dgn Honda City nie??

1.dia tak de lock automatik

(contoh bila first time drive tekan break dia lock pintu sendiri)

2.dia tak bagi alas plastik kat boot blakang so klu beli brg
basah
u all semua kena bawak dulang atau
bekas supaya tak meleleh atau basah.


3.bila nk "open" atau "lock" pintu kete dia senyap je takde bunyi.
(nk jimat bateri kot)


so kesimpulan kete nie mmg bagus utk org muda.golongan eksekutif muda
mmg sesuai guna kete nie sbb dia jimat,berstyle,simple,dan compact.

jadi bg mereka yg ingin mencuba..tak salah jika anda mampu..

harga dia antara RM85XXX hingga RM89XXX.


sebelum nie aku penah memandu kete proton Wira,Gen2,Saga,Waja,perodua Myvi,
kia spectra,dan nissan sentral.Honda mmg lain dari lain.

sebagai pemilik kereta pertama yg baru menggunakan jenama Honda


aku bagi 4Bintang


Well done Honda!

12 June 2009

Sana Sini

Waduh2 capek gila aku time cuti sekolah nie
banyak betul jemputan aku
sampai ke terengganu,kedah,penang,selangor,melaka,
N.9 and last skali kat pahang


mcm2 raga aku jumpe..sampai nk updated blog pun tak sempat.
bagi mereka yg baru lepas melangsungkan perkahwinan
semoga kalian dpt hidup bahagia


jgn lupa pulak time aku kawen nanti,pakat ramai2 dtg kay..


salam

28 May 2009

Kete Polis Malaysia

semalam aku kuar jalan2 dgn member,tiba2 aku terserepak kete polis nie..
wah not bad,skrng polis malaysia dh start pakai kete power2..
kete volvo nie aku sempat snap time dia keja kete suspek..
aku pn tak tau org tu buat salah ape.tiba2 je kete polis nie pecut dgn laju..




VOLVO S80






Mitsubishi Lancer GTR

kete Lancer tu pulak baru je masuk surat khabar dimane Polis Malaysia guna lancer ini utk mengejar n menangkap suspek..
so klu dh kena tahan tu bohonti jolah..



25 May 2009

Proton Exora VS New Produa MPV


Baru2 kita dpt tahu yg proton berjaya memecah rekod tempahan tertinggi
pd bulan ini setelah berjaya merekodkan tempahan melalui model Exora dgn 11,000 tempahan wow!! satu berita gembira utk proton.. tapi tahu kah anda da
lam mase yg sama syarikat
kenderaan kedua Malaysia,Perodua sedang berusaha keras untuk menghasilkan MPV nye. dipercayai model MPV ini diambil dari salah satu model Toyota dan harganye dijual diantara 57ribu ke 75ribu.

jom ki
ta sama2 lihat kehebatan kedua2 keta nie..

Proton Exora


Perodua MPV

Amacam dua2 nampak mcm best je kan, menurut sumber model MPV (Perodua)
nie akan dilancarkan pada Q3 tahun 2009 lebih
kurang antara bulan Sept dan Dis


jadi pada mereka yg nk beli kete MPV kena buat planning awal2 kay..

adios..



23 May 2009

My New White..


Hari nie 23hb mei 2009
pukul 3.00ptg


aku punye kete dh siap tuk digunakan

hari nie gak aku terpaksa balek kampung
utk tgk atok aku yg br abis operation..

aku suka no plat di
WSQ 1219

esk gi check toto mesti dpt first prize punye..
klu menang bg aku sikit..ahaks..


ok adios...

15 May 2009

Tag dari Wani

14hb aku telah di tag oleh cik wani..so aku pun lakukan lah ape yg patut..

Peraturan nak jawab tag ni ialah:
1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.



2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Miss WaNi

Miss wani yg cute nie lah yg mengtag helmie
kuang,kuang.kuang..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

1.aku tak suka org menipu!!geram aku rase nk tampo2 je muka dia..

2.aku jarang shopping,tp klu shopping habis nk dekat beribu gak!

3.aku cume dengar radio dlm kete je.aku mesti dgr HOT.FM (tak tau kenape)

4.aku tak suke bermusuh n gaduh (mcm budak2 je)

5.aku seorang yg periang,sume org akan ketawe bila tgk telatah aku..

6.aku suka keje rajin2,nk simpan duit byk2..

7.aku bukan seorang PEROKOK!!oh tidak aku tak suka!!

8.aku tak suka orang makan tak habis.MEMBAZIR!

9.suka melancong..tp slalu busy

10.suka online,keje blk sampai 1pagi pn nk online gak.tak kesah!

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog

alamak aku punye blog baru tp aku suka no ganjil..aku bagi 3 lah

intan
aishiza
nanick

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"

14 May 2009

Disini tempat ku mencari rezeki..

abis study degree kat uum aku pn setup biznes..
biznes ape?tentu lah makanan..yum2..
aku skrng buat biznes kat upm kolej10
so nie la tempat yg aku selalu busy 18jam sehari.








klu time kuliah kafe aku bukak dari7pagi sampai 11.30mlm,7 hari seminggu
tak de cuti..cuti bila semester break je..

HaRi BeSamA iBu..

mase 10 mei,tiba2 aku plan nk ajak mak aku gi celebrate hr ibu..
aku pn ajak mak n akak aku gi mines..

jalan punyer jalan tiba2 aku teringin nk bwk gi mkn pizza..

so perjalanan pun bermula...



kat parking pn sempat nk snap2..



nenek bersama cucu kasayangan..



akak aku dgn hero dia..







my mun,so time nie kita org pn mkn..(tgh Lapor gila)

anyway,hanye ini je yg aku berkesempatan utk sambut hari ibu dgn family aku
thankiu mak,

becoz of u kami semua jadi org berguna
becoz of u kami semua masuk universiti
becoz of u kami semua berjaya
becoz of u kami semua dapat hidup senang (alhamdullilah)
becoz of u mak sekarang tak payah keje every thing kami support

thakiu,thankiu,thankiu..

semoga tuhan membalas budi dan jasa mak..




Dari: anak2 mu tersayang

Sedih..

Kemarin aku dikejutkan dgn panggilan hp.
makcik aku kol dia kata atok kat kampung masuk ICU,
aku dgn mak pun bergegas blk kampg,kami sampai kul 3pagi.
atok demam kuning,dn dia perlu di scan..
atok sgt kurus n uzur..sedih aku tgk

tadi mak cik aku kol lagi,doktor dh dpt result.
atok aku ada kanser hempedu,air kencing dia ada darah..
so bila tau hal tu,aku dgn mak aku terdiam..
ape pun kami akan pulang ke kampung utk jaga atok..

10 May 2009

lagu utk ibu..




aku saje searching dlm internet,tiba2 aku terasa nk dedicate lagu
sempena hr ibu.so aku pn tujukan lagu nie
khas utk ibu and kakak ku..

"Mama"
i love u







SeLaMat Hari Ibu..


Hari nie hari ibu...
Aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu pada ibu ku

Zainah Bte Hj.Abd Ghani

dan juga pada kakak ku



Suria Hani Bte Affandi Chew

aku sgt sayang ibu ku sebab:
  1. dia lahirkan dan besarkan ku..
  2. dia pemberi semangat pd ku
  3. apabila susah dia tempat ku mengadu
  4. bila aku sakit dia lah org yg paling susah hati
  5. dia mengajar aku untk menjadi org yg berguna
banyak lagi sebabnye tetapi bagi ku ape yg penting aku patut
sayang dan hormat pada ibu aku selagi ibu ku masih hidup
sebab esok lusa blum pasti dia berada di sisi ku..

"SeLaMat HaRi Ibu"

Saya Sayang Ibu!