I made this widget at MyFlashFetish.com.

Countdown Timer


I made this widget at MyFlashFetish.com.

17 August 2009

Mesyuarat Syaitan


Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis
sedunia. Di awal ucapannya, syaitan berkata:

"Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari
mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang
mereka dari membaca al-Quran dan tahu akan
perkara-perkara yang benar.

Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari
membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah.

Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan
tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan
terputus.

"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid
mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan
makan malam mereka yang tertudung,tetapi curilah
waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa
untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah" kata
Syaitan:"

Lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka
dan mengekalkan perhubungan yang penting itu
sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang
tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah
berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka, "

Jawabnya "Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja,
belanja dan hutang, hutang, hutang.

Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja
buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami
mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12
jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup
mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan
anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula
retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi
menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat
lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka
untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu,
biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa
terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan
setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa
memainkan muzik yang tidak Islamik.

Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan
perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan
akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran
berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka
dengan papan-papan iklan.

Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh,
katalog, sweepstakes dan segala jenis surat
berita dan promosi-promosi yang menyediakan
barangan dan perkhidmatan percuma dan impian
palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan
ramping di dalam majalah dan TV agar para suami
berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang
utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan
isteri- isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk
bersama dengan suami mereka di malam hari.
Tambahkan sekali dengan pening kepala!

Jika mereka tidak bersama seperti yang
dikehendaki oleh suami mereka,suami akan
meninjau-ninjau di tempat lain.

Ini akan memporak- perandakan keluarga mereka
dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut
agama lain untuk melalaikan mereka dari mengajar
anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan
hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu
berrekriasi.

Buatlah sehingga mereka terlalu letih untuk
berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat
untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan
tentang ciptaan Allah.

Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman
hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert
dan panggung wayang."

"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang
hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan
umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka
tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal
sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan
meminita pertolongan dari Allah.

Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya
dengan kudrat mereka sendiri, mengorbankan
kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja
amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan
calang-calang perancangan ini!

Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan
tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di
mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin
terkejar-kejar ke sana ke sini.

Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan
mereka atau keluarga mereka.

2 comments:

Unknown said...

errmm
entry yang membuka minda

helmie affandi chew said...

hehe thank u...
semoga dapat pedoman...