I made this widget at MyFlashFetish.com.

Countdown Timer


I made this widget at MyFlashFetish.com.

20 August 2009

Ramadhan now begin....




Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan,yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK, BERSAMALAH KITA MEMULIAKANNYA KERANA BELUM TENTU KITA DAPAT BERTEMU DENGANNYA LAGI TAHUN HADAPAN. WALLAHUALAM


Wassalam

17 August 2009

Mesyuarat Syaitan


Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis
sedunia. Di awal ucapannya, syaitan berkata:

"Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari
mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang
mereka dari membaca al-Quran dan tahu akan
perkara-perkara yang benar.

Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari
membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah.

Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan
tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan
terputus.

"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid
mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan
makan malam mereka yang tertudung,tetapi curilah
waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa
untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah" kata
Syaitan:"

Lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka
dan mengekalkan perhubungan yang penting itu
sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang
tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah
berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka, "

Jawabnya "Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja,
belanja dan hutang, hutang, hutang.

Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja
buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami
mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12
jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup
mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan
anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula
retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi
menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat
lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka
untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu,
biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa
terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan
setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa
memainkan muzik yang tidak Islamik.

Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan
perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan
akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran
berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka
dengan papan-papan iklan.

Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh,
katalog, sweepstakes dan segala jenis surat
berita dan promosi-promosi yang menyediakan
barangan dan perkhidmatan percuma dan impian
palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan
ramping di dalam majalah dan TV agar para suami
berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang
utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan
isteri- isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk
bersama dengan suami mereka di malam hari.
Tambahkan sekali dengan pening kepala!

Jika mereka tidak bersama seperti yang
dikehendaki oleh suami mereka,suami akan
meninjau-ninjau di tempat lain.

Ini akan memporak- perandakan keluarga mereka
dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut
agama lain untuk melalaikan mereka dari mengajar
anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan
hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu
berrekriasi.

Buatlah sehingga mereka terlalu letih untuk
berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat
untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan
tentang ciptaan Allah.

Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman
hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert
dan panggung wayang."

"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang
hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan
umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka
tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal
sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan
meminita pertolongan dari Allah.

Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya
dengan kudrat mereka sendiri, mengorbankan
kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja
amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan
calang-calang perancangan ini!

Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan
tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di
mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin
terkejar-kejar ke sana ke sini.

Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan
mereka atau keluarga mereka.

07 August 2009

Bila Lelaki Menjadi DAYUS??



Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah, apa lagi mewarna rambut merah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

Cool Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Nabi SAW bersabda :-

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani

01 August 2009

Perginye Seorng Anak Seni..


aku tiba2 rase sedih dgn pemergian Arwah Yasmin Ahmad yg
meniggal akibat strok.beliau mmg terkenal dgn filem2 kreatif dan byk
filem2 arahan beliau berjaya menyentuh hati penonton.walau apepun dan bagai mana pun
latar belakang beliau,namun beliau mempunyai bayak jasa dan sumbangan
yg tiada tandingnye dlm industri filem malaysia..





salam takziah dari saya utk keluarga Yasmin Ahmad

Al-Fatihah